Pages

Friday, December 27, 2013

Melentur buluh jadi tabung

Assalamualaikum wbt....
Melentur buluh biarlah dari rebungnya...oleh kerana lomahnya diri ini untuk menabung..ajarlah anak-anak supaya tidak seperti den (saya).
 inilah akibatnya kalau menyimpan duit syiling terlalu lama...sebenarnya den dan isteri simpan duit ni dalam tempoh setahun dalam bekas makanan ringan mr.potato (sorang satu tabung) . Jadi bila dan penuh inilah hasilnya....den pun infakkan duit syiling ni pada dua orang anak den dengan harapan mereka semangat untuk menabung.

Sebelum ini prosess ini dah mula semasa anak berumur 2 tahun lagi...den bolikan tabung " ben ten" (yang murah) dan ajar anak yang sulung menabung dengan membantunya  menggunakan duit yang diberikan padanya untuk dimasukkan dalam tabung. Oleh itu Tabung haji menjadi pilihan yang terbaik untuk menyimpan duit tadi. sebagai ganjaran, tabung haji memberikan hadiah tabung  untuk kedua-dua anak den tadi.so, jom menabung.

No comments:

Post a Comment