Pages

Friday, December 27, 2013

Tasbih Awang pulang ke Awang

Inilah dia tasbih zaman sekarang, tasbih ni diahadiahkan oleh seorang makcik yang balik daripada umrah..jadi gunalah untuk berzikir...lagipun senang digunakan dan mudah untuk zikir bila ia lekat di jari.
so, rajinlah skit untuk den berzikir. sampai satu masa terfikir tentang pahala ( pahala ni mesti sampai pada makcik yang bagi hari tu, apakata kalau ibu/bapa den yang hadiahkan pada den...mesti pahala lagi banyak untuk mereka...den cuba luaskan lagi pemikiran ni sebab rahmat ALLAH lebih luas daripada apa yang kita fikir...."pahala ni tidak ada batasnya kerana rahmat ALLAH terlalu luas menjangkaui apa yang kita fikir"...)
Kebetulan adik den yang kojo doket Kolumpo tu balik...so den hadiahkan pada dia dan berhajat membeli tasbih baru....selepas memberikan sedikit nasihat tentang kelbihan zikir ni..dengan tidak semena -mena ibu den memberikan yang baru pada den..tokojut den.....termenung sekejap ( nak bagi pada adik, bagilah yang baru...barulah semangat jika dapat barang baru...dan Nabi Saw mengajar kepada kita untuk berdekah dengan barang yang baik dan elok )..jadi, den bagilah yang baru pada adik den...adik den bagi balik yang den (seperti gambar di atas). Ni lah tasbih awang pulang ke awang........rahmat ALLAH terlalu luas...pahala tidak ada sempadan...jika den dah jadi anak soleh (berangan je )...pahala anak soleh tidak putus-putus mengalir kepada ibu bapa den....orang memberi pun sangat untung...rahmat ALLAH...

KRONOLOGI pahala:
Orang membuat > orang menjual (diskaun skit untuk pahala) > orang membeli (memberi ) > orang menerima > ibu bapa > datuk nenek > dan muslim seluruhnya (jika disedekahkan/kebiasaanya orang soleh prihatin untuk sedekahkan pahalanya)

Melentur buluh jadi tabung

Assalamualaikum wbt....
Melentur buluh biarlah dari rebungnya...oleh kerana lomahnya diri ini untuk menabung..ajarlah anak-anak supaya tidak seperti den (saya).
 inilah akibatnya kalau menyimpan duit syiling terlalu lama...sebenarnya den dan isteri simpan duit ni dalam tempoh setahun dalam bekas makanan ringan mr.potato (sorang satu tabung) . Jadi bila dan penuh inilah hasilnya....den pun infakkan duit syiling ni pada dua orang anak den dengan harapan mereka semangat untuk menabung.

Sebelum ini prosess ini dah mula semasa anak berumur 2 tahun lagi...den bolikan tabung " ben ten" (yang murah) dan ajar anak yang sulung menabung dengan membantunya  menggunakan duit yang diberikan padanya untuk dimasukkan dalam tabung. Oleh itu Tabung haji menjadi pilihan yang terbaik untuk menyimpan duit tadi. sebagai ganjaran, tabung haji memberikan hadiah tabung  untuk kedua-dua anak den tadi.so, jom menabung.