Pages

Tuesday, November 27, 2012

Jom Boikot Barangan yahudi!!!!

boikot


Alhamdulillah, setelah sekian lama menyepi..aku teruskan coretan ku hanya untuk perkongsian bagi sesiapa yang sudi membacanya. Bersyukur pada ALLAH, memberiku kekuatan untuk berjihad memboikot barangan yahudi, walaupun belum kesemua barangan dapat ku jauhi..tetapi ku tetap mencuba menghadapi dugaan ini demi saudara ku di Palestin.

Istiqamah ku untuk tidak masuk ke MCd dapat ku teruskan hinggalah ke hari ini..begitu juga dengan anak isteriku. Aku melarang isteriku daripada membeli produk-produk yang tidak mempunyai tanda halal. tetapi tanpa kita sedari, dalam produk yang ada tanda halal pun ia keluaran yahudi, mempunyai saham yahudi. jadi kami sekeluarga memang berhati-hati, tetapi belum sangat-sangat berhati hati. Malam ini kami duduk bersama membelek produk-produk keluaran yahudi dalam internet sebagai salah satu langkah untuk pertingkatkan waspada dan demi saudara kita di Palestin.

Bila berada bersama kawan-kawan,, mereka sangat gemar untuk ke MCd, untuk minum coca cola dan paling banyak merokok. Aku tidak mahu menyebut pasal rokok, tapi aku mahu menyebut tentang pergi MCd dan minum coca-cola( serta produk keluarannya). Apa yang aku perhatikan mereka seperti tidak pernah mempunyai maklumat dan seperti tidak mengendahkan perkara ini. aku cuba mengambil langkah dengan memberitahu secara tidak formal kepada kawan-kawan. Betullah apa yang pernah ku dengar daripada seorang penceramah, "orang yahudi memang cerdik" ..sebab itu segala produk keluaran yahudi mendapat tempat pertama dalam masyarakat dunia hari ini.

Dalam teguran yang ku lemparkan kepada kawan-kawan, aku tidak lupa kepada keluarga dan sanak saudara..ALhamdulillah, ramai yang boleh menerima. Kita boleh menilai sendiri dengan pemerhatian dan kajian ...antaranya, kajian coca cola yang dicurahkan dalam mangkuk tandas..apa yang terjadi...silalah cuba..

Apatah lagi tentang rokok,,,20% saham adalah hasil daripada rokok...setiap sumbangan anda digunakan untuk membuat peluru dan peluru tersebut digunakan untuk menembak dada..kepala...tubuh badan orang islam di Palestin tidak kiralah kanak-kanak, orang tua dan wanita-wanita...

semoga ALLAH memberi kekuatan kepada warga Palestin untuk terus bertahan dan berjuang ...dan memberi kekuatan kepada kita untuk menyumbang doa, dana dan juga memboikot berhabis habisan..amin.