Pages

Saturday, February 16, 2008

MENANTI KEPULANGAN



MENANTI KEPULANGAN


Aduhai kasih...
terlalu seksa ku disini
menahan rindu yang tak mampu diungkai
kaku kaki tika berdiri
kelu bibir ku dalam.....
membisu seribu erti
semuanya kerana cinta mu yang hakiki

sepi melanda dikala kesunyian
hati merintih mencari teman
ku tunggu kepulanganmu berzaman
kerana satu perkenalan
kau tak sanggup ku tinggalkan

kau berpaling terus pergi
entah apa kini terjadi
dirimu membisu bagaikan duri
menusuk kesabaran hati
ku disini sentiasa menanti

tahukah kau kini ku merinduimu
alam keliling hanya menambah cemburu
pelukan angin di badan menambah kelu
tiap hari bagaikan duri sembilu
ku mengharap bayangan wajahmu
wahai yang satu

kasih...
pulanglah menjenguk hatiku
yang kini mungkin menjadi pasu
menanti sinar dari mu
dalam hujan dan panas mu
demi menjadi sekadar penghias laman hatimu

kasih...
akan ku sujud padamu
meminta dan menanti sinar kasihmu
sehingga dapat ku kecapinya
meletakkan harapan padanya
sebelum kepulangan ku kedunia
yang tiada berepisodnya.

Askar_sufi
siliumhackers@yahoo.com
2004