Pages

Saturday, July 2, 2011

Qasidah memuji Rasulullah SAW bergema di sekolah

ALHAMDULILLAH,,kumpulan qasidah SMK *** ***** telah ditubuhkan memandangkan keperluan untuk pengisian rohani kepada murid sekolah untuk menyebut nama ALLAH dan Rasulullah SAW secara tidak langsung. ini kerana hiburan dalam bentuk nyanyian  telah menjadi santapan para pemuda pemudi hari ini termasuklah murid-murid sekolah, artis-artis dipuja dari hujung kaki hingga ke hujung rambut, gaya-gaya artis menjadi satu ikutan tidak kiralah artis dalam negara atau luar negara. Makanya, guru, ustaz, ulamak, sudah tidak menjadi ikutan kepada mudi mudi pada zaman yang serba canggih.

Lantaran itu guru dan ustaz di sekolah ini telah berpakat untuk mewujudkan sesuatu yang baru terutama dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada masyarakat felda. Setelah itu terbentuknya kumpulan qasidah Al-Nadwan yang terdiri daripada 15 orang pelajar. Masa yang tidak bergaji terpaksa digembeling demi melatih kumpulan ini agar mampu menyebut perkataan dan lenggok arab walaupun terpaksa dialih perkataan arab tadi dalam bahasa melayu sekaligus dapat membantu membina  anak-anak yang ingat kepada ALLAH dan kekasihNYA, Rasulullah SAW walaupun dalam kadar masa yang agak lama.

Setiap pagi jumaat, dapat didengari disebuah penempatan felda dengan dendangan qasidah yang mengasyikkan memuji Rasulluah SAW dalam masa 5-10 minit. Niat yang murni ini dapat melepasi sempadan sekolah ini dan memenuhi ruang permintaan samada di sekolah-sekolah, di masjid-masjid dan juga di rumah. Sehinggakan murid sekolah ini yang tidak terlibat secara langsung dalam kumpulan ini dapat menyebut nama Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan memuji ALLAH TA'ALA. SUBHANALLAH..

Kekuatan Dzauq qasidah ini dapat dirasakan dengan lebih TERBAIK jika di lapik dengan Maulid Nabi ( Daiba'i)...lantaran itu bergoncang tapak perhimpunan dek suara guru dan murid, imam dan jemaah masjid, kumpulan qasidah, tuan rumah dan orang kampung yang berkumpul melafazkannya dan menyanyikannya.


Dalam dunia ini, pelbagai lagu dapat kita dengar dan sedap didengar, termasuklah diri ini. Jangan kata lagu melayu,inggeris  hindustan,Korea, cina, Thailand dan bermacam rentak termasuk pop, rock,indie, jazz, classic rnb, nasyid..tapi perlu di i'tiqadkan dalam hatiku bahawa lagu yang memuji ALLAH dan Rasulullah adalah yang TTTerrrrbaikkkk...yang kebanyakkannya ada di dalam qasidah. jika anda mendengar lagu, sandarkanlah ia pada ALLAH dan Rasul selagi mana elok cinta dan ceritanya. Manusia hari ini leka dengan cinta yang melahirkan hasil dalam tong sampah dan walaupun tidak, ia berasal daripada cerita cinta dan lagu cinta. Kebnaykan cerita di TV hari ini semua berkisar pada cinta begitu juga dengan lagu-lagu, padahal si empunya cerita cinta adalah orang yang entah kemana, maksiat merata dan bercerai banyaknya. inikah ikutan anda? tepuk dada buka mata..

ALHAMDULILLAH, murid  pendidikan khas pun telah diterapkan hiburan bergenre qasidah ini dan ada diantaranya dapat mengikuti perkataan yang mudah-mudah....seperti ALLAH,,Rasulullah,,,Muhammad SAW..SolawatuLLAH...hingga ada murid yang boleh dibawa ke MTAQ Peringkat Pendidikan Khas N9 dan mendapat tempat ketiga. ini satu peningkatan rohani, perjalanan rohani yang baik yang patut kita terapkan dalam pendidikan. Dalam bidang ini, kaedah manipulatif yang digunakan adalah tarian,,banyak benda lagi boleh kita ubah sebelum terlambat..seni silat juga perlu kepada manipulatif..apa kata kita cuba? dikir barat? fikrkan maruah dan perasaan murid, memang jika disorang bantal mereka akan tidur.memang benar pelajar bekeperluan khas minat pada tarian, tapi fasilitatornya ialah guru..maka boleh diperbaiki kepada yang lebih baik.


Begitu juga dengan qasidah, muzik pun perlu untuk pembelajaran..karaoke pun perlu dalam melatih anak-anak bekeperluan khas ini belajar, akan tetapi kita yang tentukan, jahil, baik atau lebih baik. Kaedah nasyid digunakan semasa karaoke dan lagu-lain juga diselitkan tetapi dalam jumlah yang sedikit.

Maka marilah sama-sama membentuk generasi yang akan ingat pada ALLAH TAALA dan Rasulullah SAW, bukan hanya pada bibir tetapi didalam jiwa raga.

Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana rela bertungkus lumus membawa murid-murid sekolah ini berjaya akhirat dan akhirat. Syukran.