Pages

Tuesday, April 22, 2008

Kajian Tindakan

Kajian Tindakan adalah salah satu cara meningkatkan lagi kualiti dalam sesuatu perkara termasuk sosial, pembangunan dan juga pendidikan. apa yang hendak di tegaskan di sini ialah berkaitan dengan aspek Kajian Tindakan dalam pendidikan. Dalam proses pendidikan sekarang, banyak perkara yang sepatutnya dilakukan oleh guru tidak terlaksana akibat desakan masa dan keadaan. dalam bidang pendidikan khususnya, kajian Tindakan ini sangat perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Peranan yang perlu di lakukan oleh setiap guru haruslah mencapai objektif, termasuk kajian tindakan yang merangkumi kajian tindakan dalam bilik darjah, kajian tindakan dalam pengamalan guru semasa pengajaran, kajian tindakan terhadap pelajar samada dari sudut akedemik dan tingkahlaku. Oleh itu, tugas guru tidak hanya terhenti setakat menjalankan proses P&P sahaja.

Dalam Kajian Tindakan ini guru boleh menjadi pengkaji " researcher" dan terlibat dengan peserta yang terdiri d
aripada pelajar, guru besar, ibu bapa dan juga guru sendiri. proses yang di jalankan perlulah secara sistematik dan tersusun bermula dengan pengumpulan data dari pemerhatian, disusun dan diteliti menjadi satu maklumat dan seterusnya di jadikan bahan pegetahuan sekaligus menjadi satu hasil dapatan terhadap pengkajian guru dan menjadi rujukan untuk di gunakan dalam pendidikan.

Bermula dari satu set aktiviti yang lemah dan digubah membentuk formulasi baru untuk dijadikan satu sistem atau rangka kerja yang sempurna dalam proses Kajian Tindakan. Dalam hipotesis ini juga di rungkaikan lagi bahawa kajian tindakan tidak terpisah dari konsep falsafah yang membina pegangan tersendiri dalam satu-satu perkara termasuklah prinsip-prinsip yang mewujudkan satu "hala" yang memungkinkan sesatu proses dapat berjalan dengan baik dan sempurna apatah lagi meingkatkan kualiti dalam pengubahsuaian yang di cari.

Walaupun ilmu ini dipelopori oleh seorang lelaki yahudi yang tinggal di Amerika syarikat, tetapi setiap ilmu itu datangnya dari Yang Maha ESA. Berkemungkinan juga ilmu ini adalah ilmu pengkaji islam terdahulu, memandangkan banyak kitab-kitab dan penulisan-penulisan pengkaji islam terdahulu di rampas akibat peperangan dan penaklukan.

Jadi, kita sebagai umat islam, perlu mempunyai ikhtiar dalam merubah masyarakat islam supaya lebih matang dan bijaksana dalam menghadapi arus dunia yang kian jauh meninggalkan konsep kehidupan yang Hakiki. Pada para pendidik perlu menumpukan amalan Kajian Tindakan ini dalam sekolah kususnya dan segenap lapisan masyarakat umumnya. "didiklah jiwa-jiwa yang putih dengan warna-warna agama dan kehidupan yang sejahtera dan harmoni". Pada umat islam di bidang lain halakan Kajian Tindakan ini dalam bidang masing-masing khususnya dan pada seluruh umat islam umumnya. Agama Islam diturunkan untuk semua, jadi ia adalah tanggungjawab bersama. " semua untuk semua, bukan satu untuk semua,tapi semua dan satu untuk semua menuju yang Maha SATU ". -Askar_Sufi-