Friday, August 1, 2008
kerana Agama aku kecewa
dengan penuh rasa hiba dan sedikit terluka,
akibat cinta manusia yang agung Agamanya,
di pertemuan ku selama masa,
pelbagai fitnah dan kata dilemparkan,
pada pesalah cinta,
denga melihat sebelah mata,
tanpa mengira betul dan benar dimana,
ku berjalan menerjah perjalanan,
dengan luka dan darah sentiasa,
di pandang semua mata tajam padaku,
meleret hingga ke anak mata,
bermaksud kezaliman milikku,
tapi senyumanku masih tercipta,
kerana masih mempunyai DIA
yang tahu apa CERITA semuanya..
kerana Agama aku menyanjungnya,
kerana Agama aku cintakanya,
tapi kerna Agamanya yang tinggi aku dikecewa,
kerna Agama yang mulia ku dilemparkan kata-kata luka,
bukan sebab agama,
tetapi vektornya...
terserahla pada semua...
aku hanya mnusia biasa...
ibarat resmi padi..makin berisi makin tunduk..disitulah letak AgamaNYA..
bawalah Agama yang Mulia dengan sebenanya dengan rendah dirimu ditempatnya yang betul dan keegoanmu ditempatnya yang betul..keduanya perlu dalam perjuangan..kerana hati manusia dan perangai manusia kamu hadapi amatlah berbeza..
"ALLAHUMMA FAQQIHHNA FIDDIN, WA A'LLIMNA A'LA MA JAHILNA"
ya ALLAH, berilah hambamu kefakihan(kefahaman,kebijaksanaan,faham sebenarnya) dalam Agama (Islam), dan berilah hambamu ini pengetahuan dalam perkara yang hamba tidak tahu"
Monday, April 28, 2008
Action Research For The Change In Education
KAJIAN TINDAKAN UNTUK PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
Artikel ini membincangkan tentang perlunya penglibatan profesor dalam pembangunan pendidikan melalui hemat dan kebijaksanaan mereka untuk membuat inovasi dalam mencari apakah keperluan sebenarnya dalam pendidikan. Dengan menggunakan beberapa soalan yang mampu memberi ransangan dalam sesuatu refleksi terhadap pendidik, antaranya ialah siapakah kita sebagai pendidik? Kenapa kita berada di sini hari ini? Perlukah aku atau kita berubah?. Ini perlu kepada jawapan untuk membantu mereka meningkatkan lagi mutu pengajaran dan tahap profesionalisma mereka sebagai pendidik.
Inovasi dan perubahan sangat diperlukan dalam bidang pendidikan melalui kajian tindakan yang boleh dianggap sebagai satu unit teras dalam sistem persekolahan.
Ini kerana di sekolah menyediakan satu ruang yang membolehkan berlaku sesuatu perubahan dalam penerapan budaya ataupun dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Sesuai dengan suasana sekolah yang penuh kolaborasi dari segi perancangannya terhadap kurikulum dan pembangunan dalam pendidikan. Usaha ini membolehkan berlaku proses pendidikan terhadap pendidik sentiasa berlaku dan mengalami perubahan. oleh sebab yang demikian perlunya pertolongan dari profesor untuk mengenal pasti keperluan yang diperlukan untuk meningkatkan pembangunan dalam pendidikan di samping membuat inovasi dalam pendidikan.
Dalam kajian ini, guru-guru sekolah pedalam di Costa Rica menjadi peserta untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka dalam proses pengajaran mereka, serta untuk mengenal pasti sejauh manakah sumbangan suasana persekolaan dapat menyumbang dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, samada perlu kepada perubahan terhadap pengamalan pengajaran mereka atau pun sebaliknya.
Guru-guru tersebut bekerja dalam kumpulan mereka untuk membina pandangan mereka sendiri terhadap pengamalan dalam pengajaran mereka di sekolah. Mereka juga bekerja sendirian untk mengenal pasti jalan penyelesaian bersesuaian dengan apa yang dimahukan oleh kajian tindakan. Mereka juga di galakkan untuk membuat pembaaruan dalam penyelesaian berdasarkan masalah yang mereka hadapi setiap hari di bilik darjah. Ini semua perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru-guru agar pembangunan pendidikan dapat wujud dengan harmonis. Kajian ini juga menjadi satu rujukan untuk meningkatkan kualiti pendidikan pada masa akan datang yang dapat diadaptasikan pada guru-guru akan datang.
Dalam konteks menggunakan model kajian tindakan ini dan objektif untuk memperbaharui tahap keprofesionalisme mereka dalam pengajaran ini membuatkan mereka rasa puas hati terhadap apa yang tidak dapat mereka selesaikan selama ini. Mereka ditanya tentang pandangan mereka terhadap apakah tugas pendidik dan apakah yang perlu mereka lakukan sebagai pendidik. Mereka kemudiannya menulis esei pendek berkenaan menyatakan hal mereka seorang guru. Ini juga sebagai refleksi terhadap tugas mereka sebagai guru dalam mebina satu perubahan baru dalam sistem pengamalan pengajaran mereka sehar-hari.
Kemudian ditanya tiga soalan yang menjadi domain dalam kajian tindakan dalam artikel ini:
- Siapakah kita sebagai pendidik?
- Kenapa kita berada di sini hari ini?
- Perlukah saya atau kita berubah?
Secara ringkasnya, . Berdasarkan tiga soalan yang digunakan dalam menguji guru-guru yang diletakkan di costa Rica ini menunjukkan jawapan-jawapan yang positif yang mampu membina satu perubahan baru dalam pembangunan pendidikan khususnya dalam pengamalan pengajaran guru-guru.
Antar jawapan yang diberikan:
- Siapakah kita sebagai pendidik?
Antara jawapan yang diberikan; aspek berkaitan jenis hubungan yang patut terbina diantara pelajar yang juga didasari dengan aspek keselamatan, hubungan kawan, berbudi bahasa, kepercayaan.
- Kenapa kita berada di sini hari ini?
Antara jawapan yang diberikan; ramai menyatakan bahawa berada dalam bidang ini disebabkan ingin menjadi ”role model” sebagai seorang guru, bangga dengan tugas seorang guru dalam memberi sumbangan dalam bidang pendidikan. Ada juga yang memberikan jawapan oleh sebab faktor keluarga dimana keluarga mereka adalah berasal dari keturunan golongan pendidik.
- Perlukah saya atau kita berubah?
Antara jawapan yang diberikan; kebanyakan guru menyatakan bahawa mereka perlu berubah dan itu menjadi satu keperluan kepada mereka untuk mengubah pengamalan pengajaran mereka dalam bilik darjah dan sekali gus menyumbang pada pembaharuan dan peningatan dalam bidang pendidikan.
KESIMPULAN
Berdasarkan refleksi yang telah dibuat oleh sekumpulan guru-guru dapat di buat kesimpulan bahawa kajian tindakan ini adalah satu methodolgi yang sangat tinggi nilainya dalam menggalakkan peningkatan kualiti pendidikan dan menyediakan pembangunan profesionalisme terhadap pendidik. Melalui tiga soalan yang digunakan dalam kajian tindakan ini adalah satu bukti perlunya kajian tindakan dalam bidang pendidikan dan ia juga adalah satu medium untuk memperbaharui pengamalan pengajaran dalam bilik darjah dan juga sebagai sau kaedah untuk mengkonstruktivis pengamalan pengajaran yang efektif.
P/S: Ringkasan dari artikel ” Action Research for the Change in Education”
Tuesday, April 22, 2008
Kajian Tindakan
Peranan yang perlu di lakukan oleh setiap guru haruslah mencapai objektif, termasuk kajian tindakan yang merangkumi kajian tindakan dalam bilik darjah, kajian tindakan dalam pengamalan guru semasa pengajaran, kajian tindakan terhadap pelajar samada dari sudut akedemik dan tingkahlaku. Oleh itu, tugas guru tidak hanya terhenti setakat menjalankan proses P&P sahaja.
Dalam Kajian Tindakan ini guru boleh menjadi pengkaji " researcher" dan terlibat dengan peserta yang terdiri daripada pelajar, guru besar, ibu bapa dan juga guru sendiri. proses yang di jalankan perlulah secara sistematik dan tersusun bermula dengan pengumpulan data dari pemerhatian, disusun dan diteliti menjadi satu maklumat dan seterusnya di jadikan bahan pegetahuan sekaligus menjadi satu hasil dapatan terhadap pengkajian guru dan menjadi rujukan untuk di gunakan dalam pendidikan.
Bermula dari satu set aktiviti yang lemah dan digubah membentuk formulasi baru untuk dijadikan satu sistem atau rangka kerja yang sempurna dalam proses Kajian Tindakan. Dalam hipotesis ini juga di rungkaikan lagi bahawa kajian tindakan tidak terpisah dari konsep falsafah yang membina pegangan tersendiri dalam satu-satu perkara termasuklah prinsip-prinsip yang mewujudkan satu "hala" yang memungkinkan sesatu proses dapat berjalan dengan baik dan sempurna apatah lagi meingkatkan kualiti dalam pengubahsuaian yang di cari.
Walaupun ilmu ini dipelopori oleh seorang lelaki yahudi yang tinggal di Amerika syarikat, tetapi setiap ilmu itu datangnya dari Yang Maha ESA. Berkemungkinan juga ilmu ini adalah ilmu pengkaji islam terdahulu, memandangkan banyak kitab-kitab dan penulisan-penulisan pengkaji islam terdahulu di rampas akibat peperangan dan penaklukan.
Jadi, kita sebagai umat islam, perlu mempunyai ikhtiar dalam merubah masyarakat islam supaya lebih matang dan bijaksana dalam menghadapi arus dunia yang kian jauh meninggalkan konsep kehidupan yang Hakiki. Pada para pendidik perlu menumpukan amalan Kajian Tindakan ini dalam sekolah kususnya dan segenap lapisan masyarakat umumnya. "didiklah jiwa-jiwa yang putih dengan warna-warna agama dan kehidupan yang sejahtera dan harmoni". Pada umat islam di bidang lain halakan Kajian Tindakan ini dalam bidang masing-masing khususnya dan pada seluruh umat islam umumnya. Agama Islam diturunkan untuk semua, jadi ia adalah tanggungjawab bersama. " semua untuk semua, bukan satu untuk semua,tapi semua dan satu untuk semua menuju yang Maha SATU ". -Askar_Sufi-
Friday, March 28, 2008
CARA BUAT BLOG KHAS UNTUK PARA GURU DPLI2008
1.BUKAK WEBSITE : www.blogger.com
2.klik anak panah orange " CREATE YOUR BLOG NOW"
3.ISI LANGKAH 1 DENGAN LENGKAP DAN BETUL kemudian KLIK "CONTINUE"
4.ISI LANGKAH 2 : NAME YOUR BLOG : KEMUDIA KLIK "CONTINUE"
5.LANGKAH 2 LAGI : PILIH TEMPLATE (TEMA/CORAK/SKIN) BLOG ANDA>TANDAKAN/TICK PADA TEMPLATE KESUKAAN ANDA
6.BLOG ANDA DAH TERBINA !! : KLIK " START BLOGGING"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
CARA MASUKKAN REPORT
untuk anda memasukkan report anda..sejurus tekan "start blogging"
akan keluar :posting/setting/layout.
pilih "posting"(memang dah keluar siap2)>masukkan tajuk>copy
report anda>paste kan>dan publish post.
seterusnya tekan "view blog">>>>>>>>>pergh!!!! dah siap..tryla..
untuk function lain,bila di buat pengubah suaian jgn lupa untuk
tekan butang save.ok!
untuk setting yang lebih menarik..
anda boleh menggunakan menu "layout"
cuma kena mencuba menggunakan
"add page element"cuba explore sendiri...ok
lastly..untuk memudahkan anda paham..
tekan layout>page element>add page element>cari picture>
uploadla gambar>save changes>view.
SELAMAT MENCUBA
Saturday, February 23, 2008
KERANA MANISNYA
Termenung sekejap ku terleka
dibuai khayalan tentang sufi yang nyata
tak pernah ku ungkap tak pernah ku rasa
kerana titik noda masih bersemuka di jiwa
akibat kelaraan ku didunia sementara
Sungguh ku rasa
Berat dimata,tenang dan senang dijiwa
itulah maksud sufi yang ku jumpa
bila terpancarnya cahaya di pelusuk jiwa
yang tak selalu dapat dilihat dengan mata
jarang terpampang diraut muka
kerana indahnya yang tak ternyata
menjadi rahsia Pencipta yang dirahsia
namun ia tetap nyata
tetapi takkan nampak dimata semata
mungkin hati mampu memandangnya
kerana seninya yang tak terkata
bila mendambarkan pencipta yang Maha ESA
Butalah mata gelaplah jiwa
pada insan yang lupa dan leka
lupakah dia tentang berat dan ringan maknanya
semua itu akibat hijab di akal dan mata
Si sufi dan pecinta Tuhan yang Maha ESA mampu merasa
betapa indah dalam berat mata
dan betapa ringan dalam tanggungan jiwa
kerana manisnya
Cinta bersama selamanya
yang Maha ESA
askar_sufi
siliumhackers@yahoo.com
1:45am 07/02/07
Saturday, February 16, 2008
MENANTI KEPULANGAN
MENANTI KEPULANGAN
Aduhai kasih...
terlalu seksa ku disini
menahan rindu yang tak mampu diungkai
kaku kaki tika berdiri
kelu bibir ku dalam.....
membisu seribu erti
semuanya kerana cinta mu yang hakiki
sepi melanda dikala kesunyian
hati merintih mencari teman
ku tunggu kepulanganmu berzaman
kerana satu perkenalan
kau tak sanggup ku tinggalkan
kau berpaling terus pergi
entah apa kini terjadi
dirimu membisu bagaikan duri
menusuk kesabaran hati
ku disini sentiasa menanti
tahukah kau kini ku merinduimu
alam keliling hanya menambah cemburu
pelukan angin di badan menambah kelu
tiap hari bagaikan duri sembilu
ku mengharap bayangan wajahmu
wahai yang satu
kasih...
pulanglah menjenguk hatiku
yang kini mungkin menjadi pasu
menanti sinar dari mu
dalam hujan dan panas mu
demi menjadi sekadar penghias laman hatimu
kasih...
akan ku sujud padamu
meminta dan menanti sinar kasihmu
sehingga dapat ku kecapinya
meletakkan harapan padanya
sebelum kepulangan ku kedunia
yang tiada berepisodnya.
Askar_sufi
siliumhackers@yahoo.com
2004