Pages

Saturday, February 23, 2008

KERANA MANISNYA

KERANA MANISNYA

Termenung sekejap ku terleka
dibuai khayalan tentang sufi yang nyata
tak pernah ku ungkap tak pernah ku rasa
kerana titik noda masih bersemuka di jiwa
akibat kelaraan ku didunia sementara

Sungguh ku rasa
Berat dimata,tenang dan senang dijiwa
itulah maksud sufi yang ku jumpa
bila terpancarnya cahaya di pelusuk jiwa
yang tak selalu dapat dilihat dengan mata
jarang terpampang diraut muka
kerana indahnya yang tak ternyata
menjadi rahsia Pencipta yang dirahsia
namun ia tetap nyata
tetapi takkan nampak dimata semata
mungkin hati mampu memandangnya
kerana seninya yang tak terkata
bila mendambarkan pencipta yang Maha ESA

Butalah mata gelaplah jiwa
pada insan yang lupa dan leka
lupakah dia tentang berat dan ringan maknanya
semua itu akibat hijab di akal dan mata

Si sufi dan pecinta Tuhan yang Maha ESA mampu merasa
betapa indah dalam berat mata
dan betapa ringan dalam tanggungan jiwa
kerana manisnya
Cinta bersama selamanya
yang Maha ESA


askar_sufi
siliumhackers@yahoo.com
1:45am 07/02/07

No comments:

Post a Comment