Pages

Monday, April 28, 2008

Action Research For The Change In Education


KAJIAN TINDAKAN UNTUK PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN


Artikel ini membincangkan tentang perlunya penglibatan profesor dalam pembangunan pendidikan melalui hemat dan kebijaksanaan mereka untuk membuat inovasi dalam mencari apakah keperluan sebenarnya dalam pendidikan. Dengan menggunakan beberapa soalan yang mampu memberi ransangan dalam sesuatu refleksi terhadap pendidik, antaranya ialah siapakah kita sebagai pendidik? Kenapa kita berada di sini hari ini? Perlukah aku atau kita berubah?. Ini perlu kepada jawapan untuk membantu mereka meningkatkan lagi mutu pengajaran dan tahap profesionalisma mereka sebagai pendidik.


Inovasi dan perubahan sangat diperlukan dalam bidang pendidikan melalui kajian tindakan yang boleh dianggap sebagai satu unit teras dalam sistem persekolahan.


Ini kerana di sekolah menyediakan satu ruang yang membolehkan berlaku sesuatu perubahan dalam penerapan budaya ataupun dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Sesuai dengan suasana sekolah yang penuh kolaborasi dari segi perancangannya terhadap kurikulum dan pembangunan dalam pendidikan. Usaha ini membolehkan berlaku proses pendidikan terhadap pendidik sentiasa berlaku dan mengalami perubahan. oleh sebab yang demikian perlunya pertolongan dari profesor untuk mengenal pasti keperluan yang diperlukan untuk meningkatkan pembangunan dalam pendidikan di samping membuat inovasi dalam pendidikan.


Dalam kajian ini, guru-guru sekolah pedalam di Costa Rica menjadi peserta untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka dalam proses pengajaran mereka, serta untuk mengenal pasti sejauh manakah sumbangan suasana persekolaan dapat menyumbang dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, samada perlu kepada perubahan terhadap pengamalan pengajaran mereka atau pun sebaliknya.


Guru-guru tersebut bekerja dalam kumpulan mereka untuk membina pandangan mereka sendiri terhadap pengamalan dalam pengajaran mereka di sekolah. Mereka juga bekerja sendirian untk mengenal pasti jalan penyelesaian bersesuaian dengan apa yang dimahukan oleh kajian tindakan. Mereka juga di galakkan untuk membuat pembaaruan dalam penyelesaian berdasarkan masalah yang mereka hadapi setiap hari di bilik darjah. Ini semua perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru-guru agar pembangunan pendidikan dapat wujud dengan harmonis. Kajian ini juga menjadi satu rujukan untuk meningkatkan kualiti pendidikan pada masa akan datang yang dapat diadaptasikan pada guru-guru akan datang.


Dalam konteks menggunakan model kajian tindakan ini dan objektif untuk memperbaharui tahap keprofesionalisme mereka dalam pengajaran ini membuatkan mereka rasa puas hati terhadap apa yang tidak dapat mereka selesaikan selama ini. Mereka ditanya tentang pandangan mereka terhadap apakah tugas pendidik dan apakah yang perlu mereka lakukan sebagai pendidik. Mereka kemudiannya menulis esei pendek berkenaan menyatakan hal mereka seorang guru. Ini juga sebagai refleksi terhadap tugas mereka sebagai guru dalam mebina satu perubahan baru dalam sistem pengamalan pengajaran mereka sehar-hari.


Kemudian ditanya tiga soalan yang menjadi domain dalam kajian tindakan dalam artikel ini:


  1. Siapakah kita sebagai pendidik?
  2. Kenapa kita berada di sini hari ini?
  3. Perlukah saya atau kita berubah?


Secara ringkasnya, . Berdasarkan tiga soalan yang digunakan dalam menguji guru-guru yang diletakkan di costa Rica ini menunjukkan jawapan-jawapan yang positif yang mampu membina satu perubahan baru dalam pembangunan pendidikan khususnya dalam pengamalan pengajaran guru-guru.

Antar jawapan yang diberikan:


  1. Siapakah kita sebagai pendidik?


Antara jawapan yang diberikan; aspek berkaitan jenis hubungan yang patut terbina diantara pelajar yang juga didasari dengan aspek keselamatan, hubungan kawan, berbudi bahasa, kepercayaan.


  1. Kenapa kita berada di sini hari ini?


Antara jawapan yang diberikan; ramai menyatakan bahawa berada dalam bidang ini disebabkan ingin menjadi ”role model” sebagai seorang guru, bangga dengan tugas seorang guru dalam memberi sumbangan dalam bidang pendidikan. Ada juga yang memberikan jawapan oleh sebab faktor keluarga dimana keluarga mereka adalah berasal dari keturunan golongan pendidik.


  1. Perlukah saya atau kita berubah?


Antara jawapan yang diberikan; kebanyakan guru menyatakan bahawa mereka perlu berubah dan itu menjadi satu keperluan kepada mereka untuk mengubah pengamalan pengajaran mereka dalam bilik darjah dan sekali gus menyumbang pada pembaharuan dan peningatan dalam bidang pendidikan.


KESIMPULAN


Berdasarkan refleksi yang telah dibuat oleh sekumpulan guru-guru dapat di buat kesimpulan bahawa kajian tindakan ini adalah satu methodolgi yang sangat tinggi nilainya dalam menggalakkan peningkatan kualiti pendidikan dan menyediakan pembangunan profesionalisme terhadap pendidik. Melalui tiga soalan yang digunakan dalam kajian tindakan ini adalah satu bukti perlunya kajian tindakan dalam bidang pendidikan dan ia juga adalah satu medium untuk memperbaharui pengamalan pengajaran dalam bilik darjah dan juga sebagai sau kaedah untuk mengkonstruktivis pengamalan pengajaran yang efektif.

P/S: Ringkasan dari artikel ” Action Research for the Change in Education”


No comments:

Post a Comment