Pages

Wednesday, April 13, 2011

Pelajar Pendidikan Khas ahli syurga?

Perjuangan membawa agama ini bukan hanya tergalas untuk di sebarkan kepada pelajar aliran perdana sahaja bahkan kepada semua umat yang ada di muka bumi kecuali setengah manusia sahaja( yang tidak mempunyai kemampuan menerima seruan agama contohnya yang ada masalah mental dan kemampuan pancainderanya xdapat menerima apa-apa). mafhum sebuah hadis yang mana seorang buta telah bertanya pada sahabat adakah dia wajib solat, maka sahabat memintanya berjumpa Rasulullah SAW. kemudian si buta tadi berjumpa dengan Rasulullah SAW adakah dia wajib solat,maka Rasulullah SAW bertanya, adakah engkau mendengar azan? jawab si buta itu, dengar..maka Rasulullah SAW berkata,  wajiblah engkau ke masjid...

Sebagai khalifah yang bertanggung jawab menyebarkan agama islam dibumi ALLAH ni, marilah sama-sama kita mengorak langkah yang lebih luas lagi kerana tugas ini bukan milik ustad semata-mata, tetapi milik semua orang yang bergelar khalifah. contohnya, si suami wajib menyampaikan ilmu agama kepada isterinya, kepada anaknya..kalau tak mampu kena belajar atau memberi izin si isteri mempelajarinya di masjid masjid atau suarau-surau.

Dalam konteks pelajar pendidikan khas, selagi akal dan pancainderanya mampu menerima seruan agama, maka wajiblah ibu bapa atau guru-guru menyampaikannya kepada mereka. kebanyakan kita pada hari ini mengganggap mereka tidak perlu belajar kerana masalah yang mereka hadapi ( slow learner,dislexia, autisme, hypo aktif, hyperaktif, adhd, lembam, buta, terencat, syndrom down dan lain-lain) dan bersikap berlepas tangan. Selagi akal mereka masih boleh menerima, menafsir, mata mereka boleh melihat, hati mereka boleh berbahasa, mulut mereka masih boleh bercakap, anggota mereka masih lagi bergerak maka wajiblah disampaikan agama islam kepada mereka.

Seramai 65 orang guru pendidikan islam pendidikan khas telah dihantar oleh KPM sebagai rintis pendidikan khas(pendidikan islam). guru -guru ini yang mempunya latar belakang agama yang berbeza ilmu(hal furu'iah) dan tempat ini dilatih dengan keperluan pengajaran yang sesuai kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. kerana mereka berhak menerima seperti pelajar pelajar di aliran perdana yang lain menerima agama islam. cuma dalam aspek pengajaran kepada pelajar-pelajar pendidikan khas ini dirangka dengan lebih kreatif dan mudah oleh ustaz/ustazah pendidikan khas tanpa mengubah apa-apa hukum dan ayat.

Tetapi, dalam perjuangan ini banyak yang perlu ditempuhi, kesabaran adalah kunci utama untuk mengajar pelajar-pelajar pendidikan khas. Pernah seorang ustaz dari KPM menceritakan tentang perihal guru-guru pendidikan khas yang garang kepada pelajar"antar pelajar-pelajar ini ada dalam kalangan mereka ahli syurga, kalau guru-guru memukul, mengetuk kepala pelajar ini(dengan perasaan benci), andaikata pelajar ini salah seorang ahli syurga (terencat akal), risau kalau di akhirat nanti kita dibalas balik oleh sebab perbuatan kita yang tidak baik kepada mereka. Jadi berbuatlah baik kepada pelajar pendidikan khas, anda tidak rugi..lagipun hayat mereka biasanya tidak lama. kata-kata ustaz tersebut membuka ruang baru dalam mencari identiti seoarang guru pendidikan khas apatah lagi guru pendidikan islam khas.