Kembara kasih Nabi Muhammad SAW telah dilancarkan oleh kumpulan Qasidah Al-Nadwan SMK Lui Barat, Negeri Sembilan. Hampir ke seluruh Negeri Sembilan kami telah jelajahi demi cinta dan kasih pada Rasulullah SAW. Agenda yang di bawa dalam kembara ini ialah ceramah maulidurrasul dan juga alunan qasidah-qasidah yang memuji Rasullullah SAW. Kumpulan kembara ini disertai oleh beberapa orang guru dan juga pelajar SMK Lui Barat.
Perjalanan pertama kembara kasih Nabi SAW bergerak ke Felda Lui Muda sempena menceriakan majlis maulid yang dianjurkan oleh penghuni blok peneroka felda Lui Muda.Perjalanan kami di teruskan lagi ke Masjid lama di Nerasau, Rembau sempena majlis Maulid Nabi Oleh Syeikh Mohd Fuad Kamaluddin Al-Maaliki. Dalam majlis ini kumpulan kembara bersama-sama menjayakan majlis yang julung-julung kali diadakan. Walaupun berada di luar masjid oleh sebab terlalu ramai jemaah ( ribuan ) yang cinta dan kasih pada Rasulullah SAW kami masih menyumbangkan suara dengan penuh semangatnya . Pada kemuncak acara dentuman bunga api stadium mengejutkan para jemaah yang hadir pada malam itu. mentaliti masyarakat malaysia sudah banyak terpengaruh dengan aliran pemikiran barat sehinggakan bunga api hanyalah untuk tahun baru atau kata lain "new year". Kita hari ini meraikan hari perayaan orang nasrani dengan perarakan pada malam tahun baru,gembira melihat pertunjukan bunga api dan ditambah lagi dengan nyanyian oleh artis kita sendiri. kita sangat gembira pada malam tahun baru, Subhanallah. Pendekatan yang dibawa oleh Tuan Syeikh Mohd Fuad Kamluddin Al-Maaliki adalah sangat hebat. sebagai tanda sangat gembira dengan kelahiran sebaik baik makhluk dimuka bumi ALLAH SWT ( Rasulullah SAW), dianjurkan maulid besar-besaran. Maulid diadakan setiap seminggu sekali sehinggalah tiba malam rabiul awal menjadi lebih kerap lagi , iaitu setiap malam diadakan maulid, sehinggalah hari ini maulid masih berterusan dijalankan di Yayasan Sofa Negeri Sembilan. Dentuman bungai api berdas-das di malam yang indah itu menambah resepi yang melazatkan jiwa-jiwa yang hadir.
Kembara di teruskan pada pagi keesokan harinya ke Felda Palong 4. Kumpulan kembara membuat maulid di rumah seorang ustaz dan juga di masjid. perjalanan yang jauh memenatkan pelajar-pelajar Kumpulan Al-Nadwan, tetapi diseababkan cinta dan kasih pada Rasulullah SAW, mereka sanggup hadapinya.
Kembara di teruskan lagi pada minggu yang lain ke sebuah surau di Felda Jaya, Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan, sambutan oleh jemaah surau dan orang sekeliling agak baik berbanding pada tahun lepas. kertas-kertas edaran maulid dan qasidah diagihkan untuk sama-sama membaca maulid dan mengalunkan qasidah memuji Rasulullah SAW. Ustaz Azua memberikan ceramah yang cukup bersemangat menjadi hidangan rohani kepada jemaah yang hadir termasuk pelajar-pelajar dan juga guru-guru.
Kembara singgah pula di Sekolah Kebangsaan Lui Selatan, Ustaz Azua memberikan ceramah pada jiwa-jiwa kecil di sekolah itu bermula dengan murid pra sekolah hinggalah ke darjah enam. Bantuan BBM berbetuk grafik sangat membantu dan iringan qasidah untuk hilangkan rasa mengantuk. Apa yang menakjubkan, guru-guru sekolah tersebut menyediakan beberapa kek yang tertulis di atasnya " selamat menyambut maulidur rasul". Kek dipotong dan dapat dirasa oleh semua orang yang terlibat pada majlis tersebut. ini juga sebagai tanda gembiranya kita pada kelahiran Rasulullah SAW. Bersesuaian dengan apa yang telah diceritakan oleh Syeikh Azua " pada harai kelahiran isteri, anak, mak ayah kita, kita sambut dengan begitu meriah sekali, kek-kek, lagu selamat ,lagu hari lahir dan hadiah-hadiah sempena kelahiran orang yang kita sayang. Tapi bagaimana kita hendak zahirkan kita sayang pada Nabi SAW selain kita mengikuti sunnahnya dan menggemari apa yang digemari Nabi SAW. Pertama dengan cara membaca maulid, dengar ceramah pasal Nabi SAW, membeli makanan dan menjamu orang makan pada hari kelahiran Nabi SAW (termasuk kek tanda gembira pada kelahiran Nabi SAW ) dan sebagainya. Tambahan dari penulis, membawa anak isteri, keluarga keluar makan tanda gembira pada hari kelahiran Rasulullah SAW pun satu perkara yang baik disamping bercerita pada anak-anak dan isteri tentang Rasullah SAW.
Pada minggu yang seterusnya, kembara kasih Nabi SAW bertandang ke masjid kariah Felda Lui Selatan, kedatangan kami disambut dengan meriah sekali oleh jemaah yang agak ramai. kami mendendangkan qasidah terlebih dahulu dan disambut baik, digemari oleh jemaah yang hadir. Ust. Azua meberikan ceramahnya yang segar disamping selit oleh alunan qasidah, kami tutup majlis tersebut dengan bacaan Maulid Al-Diba'ie dan seterusnya solat isyak berjemaah. Ada penduduk yang mendermakan kambing peliharaan mereka untuk jamuan pada malam itu, sungguh besar pengorbanan mereka demi Rasulullah SAW.
Setelah berlalu bulan rabiul awal, kembara maulid masih lagi berjalan. kini kami ke SMK TBB di Sri Menanti, Alhamdulillah, dengar kata sambutan amat menakjubkan walaupun penulis tidak dapat bersama dengan kumpulan kembara. Ust. Lutfi memberi ceramah pada kembara kali ini.
Walaupun pergerakan kami agak sedikit susah oleh sebab pengangkutan yang terhad ( kereta guru-guru) tapi kami masih tetap mahu teruskan kerana CINTA DAN KASIH KEPADA RASULULLAH SAW.

No comments:
Post a Comment