Pages

Saturday, February 28, 2009

Ciptaan rasa Edible Garden "Taman Kebun Dapur"



Biasanya dalam pembangunan pembelajaran dalam pendidikan khas selalu melibatkan projek-projek pertanian, perikanan dan sebagainya. ini bertujuan melatih pelajar yang bekerperluan khas agar dapat membina kemahiran dalam bertani sebagai satu bidang kerjaya pada masa akan datang. walaupun begitu, ia adalah satu usaha yang baik untuk meningkatkan lagi minat mereka dalam pembelajaran disamping memperoleh hasil "taman kebun dapur". Sesuai dengan konsep sentuhan rasa yang melibatkan deria rasa, bau, sentuh dan dengar dapat meransang dan membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas ini lebih aktif dalam berfikir dan belajar.

Konsep Edible Garden mengandungi pokok herba, sayuran, ulaman dan buah-buahan

'EDIBLE Garden' yang diilhamkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah mencuri perhatian ramai ketika Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia (LAMAN 2008), baru-baru ini.

Begitu juga pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) yang berlangsung sehingga semalam, yang mana di laman sayur, pengunjung berpeluang melihat beberapa contoh Edible Garden.

Apakah itu Edible Garden? Edible Garden jika ditafsirkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud taman boleh dimakan. Ini bermakna taman yang dibangunkan mengandungi tumbuhan yang sesuai untuk dimakan atau pokok herba, sayuran, ulaman dan buahan.

Bagaimanapun, kebiasaannya Edible Garden ini menampilkan tumbuhan jangka pendek iaitu tumbuhan yang hidup dalam tempoh satu hingga enam bulan.

Namun, ada juga tumbuhan kekal yang boleh hidup lama yang sesuai ditanam di Edible Garden, seperti kayu manis, tanjung, serai dan pandan.

Kebiasaannya, Edible Garden menampilkan ruang yang minimum, sempit dan digabungkan dengan tumbuhan landskap.

Selain berfungsi sebagai kebun dapur, Edible Garden juga boleh menjadi landskap yang menarik jika bijak menggabungkan pokok herba, sayuran dan buahan dengan pokok berbunga atau tumbuhan landskap atau hiasan.

Di pameran Maha, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) bertanggungjawab membangunkan laman sayur mengetengahkan konsep Edible Garden dengan Minifertigasi.

Menerusi konsep Minifertigasi ini, taman tidak perlu disiram atau diselenggara setiap hari sebaliknya pengairan dan siraman baja dilakukan menerusi sistem ‘timer’ - alat jangka masa yang akan berfungsi secara automatik mengalirkan air dan baja mengikut masa ditetapkan.




Kaedah berkenaan sangat sesuai untuk penghuni kota yang sibuk kerana tuntutan kerja dan tidak mempunyai masa memberikan tumpuan kepada Edible Garden yang dibangunkan.

Konsep Minifertigasi ini menggabungkan tanaman bersifat kekal lama dan tanaman sayuran jangka pendek yang dibina bukan hanya untuk tujuan mendapatkan hasil tetapi menyerikan dan mencantikkan laman.

Sayur yang sesuai untuk Edible Garden Minifertigasi adalah sawi, terung, bendi, ulaman - gajus, tenggek burung, ulam raja dan sabung nyawa. Tumbuhan jenis perisa juga sesuai untuk melengkapkan lagi Edible Garden seperti pudina, kesum, serai, kari dan pandan.

Apakah pula Minifertigasi? Ia adalah cara fertigasi yang dilakukan secara kecil-kecilan dan ringkas. Perkataan fertigasi berasal daripada perkataan fertilization (pembajaan) dan irrigation (pengairan).

Dalam fertigasi, proses pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman. Fertigasi tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah.

Dengan menggunakan kaedah fertigasi, tanaman tidak dijangkiti penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya di bawah tanah. Selain itu, tanaman berkenaan dapat ditanam di mana saja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan mempunyai tempat meletak beg plastik.

Dalam sistem minifertigasi, medium yang mudah dicari dan murah akan digunakan seperti habuk sabut kelapa atau sekam bakar. Selain itu, medium lain yang boleh digunakan adalah pasir, batu kerikil granit, perlite, vermiculite dan maidenwell diatomite.

Sebaik-baiknya, campuran medium seperti habuk sabut kelapa dan sekam bakar digunakan untuk memberi pengudaraan dan sokongan kepada akar berpaut di dalam beg plastik. Tetapi penggunaan satu medium saja boleh digunakan bergantung kepada kawasan.

INFO: Tip bangunkan Edible Garden

# Seeloknya gabungan deria untuk membangunkan Edible Garden seperti sentuhan, rasa, mendengar, melihat dan bau.

# Pastikan gabungan yang sesuai - seeloknya pokok ulaman tanpa perisa dengan pokok yang mudah diserang penyakit seperti pokok bunga tahi ayam dengan tomato.

# Gunakan pasu dan petak kayu atau plastik serta hiaskan dengan batu sungai dan batu pasir untuk mencantikkan lagi taman

# Buatkan busut dan susun pokok secara bertingkat atau buatkan pegola dan sangkutkan pasu kecil di para-para untuk memberikan kesan eksotik.

# Gunakan sabut kelapa kering untuk menutup ruang dan menaikkan seri taman.

Saturday, January 24, 2009

MAKANLAH ROHANI Dengan HATIMU

Ujian Kesabaran Untuk Peningkatan Iman

kekadang mata salah memandang,
hati salah menilai,
akal salah menafsir,
rasa selalu merasa,
tapi siapalah kita bukan SI EMPUNYA dunia,
kita hanya manusia biasa,
yang selalu melanggar perintah dan arahanNYA,

Tapi..ujian tetap melanda,
samada kita mampu memahaminya,
ataupun kita tetap menyalahkanNYA..

Kenapa?
Kenapa jadi begitu?
kenapa jadi Begini?
pintaku hanyalah ini?

bukaklah mata..lapangkanlah dada..
siapa kita?
siapa kita?

aku hanyalah hamba..
aku hanya menurut perintahNYA..
bukan tugasku meminta-minta..
mengajarNYA itu ini..
tapi ia adalah usaha kita..
harapan kita padaNya..
ikhtiar kita kepadaNYA..
Cinta kita padanya..

perhatilah dengan mata hati mu..
kasih dan sayangNYA ada dalam setiap perkara..
yang dilemparkan padamu..
hanya mata hati yang indah sinarnya dapat merasa..
bukaklah mata hati mu insan..
kamu mampu mebukanya jika kau mahu..
tenung,
fikir,
rasa,
hayati dalam-dalam..
pasti kau akan jumpa maknanya..
walau bukan untuk hari ini MaksudNYA..
tapi hari mendatang pasti tiba..

Askar Sufi
1:19
24/01/2009